Wednesday, December 16, 2009
Pantang larang ketika mengandung
Pada hari ahad yang lalu, aku mengisi masa ku dgn menonton salah satu rancangan kegemaranku iaitu Misteri Nusantara. Aku suka kata slogan dia...'USAH BIARKAN HIDUP ANDA DISELUBUNGI MISTERI...' Rasa takut jugak kadang-kadang bila dengar dia cakap slogan tu.
Cerita yang pertama yang dipaparkan ialah mengenai sepohon pokok petai yang tiba2 mengeluarkan air dari dahannya di Thailand... Air tu turun macam hujan yang renyai. Jadi, kebanyakkan penduduk di situ menganggap pokok petai tu keramat dan air yang keluar dari dahan tu dipercayai boleh mengubati segala jenis penyakit. Tapi, aku bukan nak fokuskan ttg pokok petai tu...cerita sterusnya yang dipaparkan menarik perhatianku..
Pengacaranya, Zainal Ariffin Ismail berbicara mengenai pantang larang bagi wanita yang mengandung.....dia fokuskan ttg larangan menyeksa atau memelihara mana2 binatang sebab takut nanti 'berkenan' pada anak yang dikandungnya. Jadi di indonesia telah terjadi perkara sebegini. Seorang ibu mengandung 3 bulan ternampak seekor biawak di halaman rumahnya....lalu dia pun ambik tali dan mengikat tali tu di kepala biawak tersebut dan menjadikannya sebagai teman permainan. Biawak tu hanya dilepaskan apabila dia selamat melahirkan anaknya. Malangnya anak yang dilahirkan tak seperti bayi yang lain...bukan cacat tapi badan anaknya dipenuhi sisik seperti seekor biawak. Dia tidak mempunyai kelopak mata dan kulit budak tu sangat kering....memang kesian sangat tengok budak tu.
Badannya perlu disapu dengan losyen khas 3 kali sehari untuk mengelakkan kulit dia keras...pastu mata dia kena isi sejenis penitis mata. Kedua-dua mata dis rabun dan muka pun dipenuhi sisik. Budak tu dijaga oleh datuknya....ibu bapa dia??? Langsung tak bertanggungjawap!! Mereka lari sebab terlalu malu bila tengok keadaan anak yang dilahirkan. Dah tu, tinggal je anak dia kat datuknya untuk dijaga. Oh ya, budak tu berumur 13 tahun.
Agak2, kalo datuk dia dah tak ada...siapa yang nak jaga dia?? Kesian sangat tengok budak tu...'berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya'
Mak yang mengade2 bela biawak masa mengandung, anak pulak yang terpaksa menderita...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
WOW! interestingnyer post kali nih..
keluar air? agaknyer rasa dia pon mcm petai x? haha..air petai..
yg pasal pantang larang tu pun hani penah dgr..waktu mengandung memang sensitif skit..apa2 kt buat kalau jahat xkisah la pada msia atau haiwan akan mendapat balasan..tapi, bayi dia lar..mengumpat fizikal org apatah lagi..benda nih slalu je brlaku..(tq to majalah mastika)
Hani penah dgr petua yg kelakar tau..entah sape kata, kalau nak anak cantik atau hensem slalu lar tatap gambar org2 hensem or cantik tuh, sure anak pun kuar jadi cantik n hensem..haha..ala, nak senang, baca je kitab suci kt..memang byk manfaatnyer..
(tekomen pjg lak..haha,excited sgt psal mengandung -_-'')
TQ 4 sharing..
Post a Comment